Breaking News
Loading...
Thursday, February 25, 2016

Info Post
pemanggil yang tidak mahu dinamakan yang diterima bukan sahaja berniat meluahkan rasa, malah dia juga meminta penulis berkongsikan kisahnya supaya dijadikan pengajaran buat pasangan berkahwin di luar sana.
Mendirikan masjid ALLAH bukan kerja mudah. Apatah lagi dia dan suami bukan berasal daripada keluarga berada.
Namun berkat kesabaran, doa dan tawakal, daripada berkongsi hanya satu gelas plastik di bilik sewa di perkampungan setinggan, kini dia dan suami sudah memiliki tiga buah rumah dan tiga orang anak.
Sebagai umat Islam yang dikurniakan nikmat.
Namun, dalam kesibukkan mengejar harta dunia, bahagia yang diharap berkekalan selamanya hanya sekejap cuma.
Dahulu, suami sering pulang dengan senyuman dan pelukan mesra, namun setelah lebih 25 tahun bersama, sikap suami bertukar hambar.
Dahulu, walaupun dengan gaji empat angka, suami riang mengajak dia dan anak-anak bercuti ke sana ke mari, namun sejak anak-anak semakin dewasa, yang ada hanyalah kedinginan dan ‘perang mulut’ antara suami dan anak-anak.
Dahulu segala kelengkapan rumah dipenuhi bersama, kini, meskipun bergaji mencecah lima angka, suami dingin malah mengherdik dia dan anak-anak setiap kali nafkah zahir diminta.
“Puas saya memikirkan punca, mengapa jadi begini? Di mana silapnya? Adakah kerana saya dan anak-anak terlalu membebankan dirinya?” ujar wanita itu memulakan perbualan.

0 comments:

Post a Comment