Breaking News
Loading...
Tuesday, February 9, 2016

Info Post
Menjelaskan mengenai arahan penurunan bendera hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim membawa erti kononnya ‘J0h0r mahu keluar dari Malaysia’.

Titah Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai penurunan bendera adalah merujuk kepada bendera-bendera yang digunakan untuk sambutan Hari Kebangsaan dan bukan Jalur Gemilang yang sedia terpasang.....

Menjelaskan demikian hari ini Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim menafikan dakwaan dan spekulasi sesetengah pihak yang titah Tunku Mahkota itu membawa erti kononnya “Johor mahu keluar dari Malaysia”.

Titah menurunkan bendera berkenaan adalah berikutan sambutan Hari Kebangsaan sudah selesai, dan meminta digantikan dengan bendera daerah masing-masing.....

“Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar dari Malaysia) adalah banyak dan panjang.....

“Kita juga bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan,” kata Ismail kepada pemberita di Kota Iskandar, di Johor Baru.

0 comments:

Post a Comment