Breaking News
Loading...
Friday, February 5, 2016

Info Post
Balik dari Putrajaya, dalam pukul 4.05 petang. Ingat sebab Abang Handsome Samsudin Sham tengok jam tangan dia. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bersembang. Happy sebab kami buat keputusan untuk sambut raya bersama orang lain di kediaman PM.


Masa tu dah dekat nak sampai ke Sg. Ramal. Tengah syok bersembang, tiba-tiba sebuah kereta Honda Civic memotong kereta kami dari sebelah kiri dengan laju giler sampai tergamam saya dibuatnya. Honda tu memecut laju, mencelah masuk ke ruang kosong di depan kereta kami dan terus ke lorong paling kanan, MENGEJAR sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang dipandu laju giler juga di lorong kanan. Jelas, kedua-dua buah kereta itu berlumba.


"Dah gila ke apa budak-budak ni?" gerutu saya.


Abang Handsome pula kata, "Ini accident karang ni. Tengoklah. Mesti accident!"


Tak sampai lima saat, kami terdengar bunyi berdentum dan serentak, saya ternampak sebuah van putih melambung ke kiri, terbalik dan menghentam tiang papan tanda. Saya menjerit terkejut dan suruh Abang Handsome berhenti. Kami turun dari kereta. Abang Handsome bergegas mendapatkan van putih itu. Dialah orang pertama yang sampai di van putih itu dan menjerit sambil melambai meminta tolong orang ramai menolak van yang terbalik untuk menyelamatkan mangsa. Saya pula menelefon 999. Ramai yang membantu. Melayu, Cina dan India. 1Malaysia. Mangsa; pasangan muda, anak mereka dan adik lelaki pemandu. Mereka baru menghantar pekerja mereka selepas menyambut hari raya.

0 comments:

Post a Comment