Kota Bharu:
“Arwah akan menyambut dua menantu selepas Aidilfitri ini dan salah
seorang menantu itu adalah bakal suami anaknya yang meninggal dunia
bersama dia,” kata Lijah Man, 81, ibu kepada Azizah Deraman, 49, yang
maut bersama anak sulungnya dalam kejadian kemalangan di Jalan Wakaf
Stan, di sini, kelmarin.
Kejadian jam
10.45 malam itu menyebabkan Azizah dan anaknya Noor Aziemah Mat Ruzki,
28, meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di bahagian badan
dan kepala akibat tersepit.
Lijah berkata,
Azizah yang juga ibu tunggal sudah mula melakukan persiapan untuk majlis
perkahwinan anak bongsunya Nor Amira Elena, 20, yang dijadualkan
berlangsung Oktober ini.
“Malah, arwah Noor Aziemah juga bakal menjadi raja sehari apabila merancang bertunang Mei depan. Malangnya dia terbabit dalam kemalangan ini dan kami sekeluarga sangat sedih mengenang majlis yang tidak disertai mereka,” katanya di sini, semalam.

Warga emas itu
ditemui selepas majlis pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Pulau
Raja dekat sini kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Dalam kejadian itu, kereta Perodua Viva dipandu Noor Aziemah bersama tiga penumpang iaitu ibunya, kakak ipar Rozita Yunus, 49, dan anak Rozita, Nur Ain Afinie Abdullah, 8, dari arah Kubang Kerian menghala ke Wakaf Stan bertembung dengan Honda City yang dipandu Muzainuha Mohamed, 33.
0 comments:
Post a Comment