Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu
Sendiri|Kota Kinabalu: Budak perempuan berusia empat tahun maut
dilanggar kereta dipandu ibunya, dipercayai tertekan pedal minyak di
kawasan parkir Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang, Kota Kinabalu,
pagi tadi.
Dalam kejadian 9.30 pagi itu, dua murid taska dan seorang guru wanita
turut cedera dan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Megan Wong Shi Ting, manakala
yang cedera, Siti Amira Haqisyah Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin
Norman,5 dan Valin Shammi, 25.
Difahamkan, sebelum kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska berkenaan.
Selepas itu, dia kemudian masuk semula ke keretanya dan dipercayai
tertekan pedal minyak sehingga melanggar anaknya yang berjalan
beriringan dengan dua lagi murid dan guru di hadapan keretanya.
Megan disahkan meninggal dunia pada 10.10 di HQE II.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika
dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan lanjut masih
dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.Harianmetro
Tragedi Taska: Budak Perempuan 4 Tahun Maut Dilanggar Ibu Sendiri
Info Post
0 comments:
Post a Comment