Breaking News
Loading...
Wednesday, February 10, 2016

Info Post
Melaka: “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis),” rayu seorang penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan kereta haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi, penjawat awam berusia 30 tahun itu antara dua yang ditahan ketika baru menamatkan tiga pusingan perlumbaan haram menggunakan laluan itu sebagai litar.

Dia dan seorang lagi yang ditahan ialah pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berusia 23 tahun kemudian di bawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, dua lelaki itu ditahan di stesen minyak Petronas Krubong, sejurus menamatkan pusingan perlumbaan, namun ketika dihampiri anggota polis mereka berlagak selamba bagi mengelak ditahan.

“Namun, wajah kedua-duanya berubah dan menjadi kelam kabut sambil mempersoalkan sebab mengapa mereka ditahan selain berlakon seolah-olah tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Cawangan Trafik IPD Melaka Tengah dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota, bermula 11 malam hingga 4 pagi.

“Mengikut maklumat yang kami terima, 30 hingga 40 kereta pelbagai jenis terbabit dalam lumba haram di beberapa jalan di daerah ini dan sebelum dua suspek terbabit ditahan, kami mendapat maklumat tiga kereta sedang berlumba di Lebuh SPA.

0 comments:

Post a Comment