Breaking News
Loading...
Tuesday, February 9, 2016

Info Post
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan penyebaran fitnah mengenai sogokan wang bagi mendapat sokongan terhadap dirinya.
Justeru itu, menteri besar Kedah yang baru itu telah pun membuat laporan polis berhubung dakwaan tersebut.
Beliau berkata laporan polis terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berhubung sogokan wang tersebut dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah itu.
Beliau menegaskan sogokan wang bukan budaya Umno untuk mendapatkan sokongan pemimpin akar umbi.

Ahmad Bashah berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas dakwaan yang viral dalam laman sosial, kononnya Ketua Umno Bahagian dan Ketua Sayap Umno Bahagian disogok sejumlah wang sebagai sagu hati bagi menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai menteri besar.

"Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara ini pada masa depan menghentikan fitnah ini dengan segera ...ia boleh merosakkan segala-galanya.

0 comments:

Post a Comment