Dia Seorang Yang Kuat, Tidak Berdendam.. Dia Bukan Baru Dalam Bidang Ni. Kami Anak Beranak Sentiasa Di Belakang Beliau. - Luahan Hati Isteri Datuk Seri Ahmad Bashah Meruntun Hati. Paling Sedih Bila Anak Kecil Beliau.....
Info Post
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) sebak ketika menziarahi pusara ibunya, Allahyarhamah Che Liah Hassan di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Bukhari, semalam. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR – Datin Seri Hizam Awang Ahmad, isteri Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, menyifatkan suaminya sebagai seorang sentiasa berusaha dan tidak pernah putus asa berbakti kepada rakyat.
Hizam, 56; berkata suaminya yang dikahwini sejak 1981 itu sentiasa bersikap terbuka menerima apa sahaja teguran dan kritikan yang dilontarkan masyarakat terhadapnya.
Katanya walaupun sentiasa menerima kritikan negatif daripada masyarakat termasuk dalam krisis membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sejak 20 Januari lepas, namun beliau tidak pernah ambil hati atau berdendam dengan sesiapa.
“Dia (Ahmad Bashah) memang macam tu… Apa sekalipun kritikan yang diberikan, dia akan terima sahaja dan tidak pernah bersuara kerana sudah faham asam garam dalam bidang politik ini. Mana ada ahli politik yang tidak dikritik, jadi terima sahaja apa yang orang cakap.
“Dia seorang yang kuat, jadi ini (kritikan) tidak akan mematahkan semangatnya. Sejak muda dia terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik-beradiknya selepas kematian ayahnya, jadi dia memang seorang yang kuat,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Pingat di Istana Anak Bukit, Khamis.
0 comments:
Post a Comment