Breaking News
Loading...
Thursday, February 4, 2016

Info Post
Pelakon Wan Raja terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya bernilai RM15,000 daripada sebuah syarikat telikomunikasi kerana menggunakan perkhidmatan itu ketika bercuti di Londan dan Paris, baru-baru ini. - See more at: http://sensasimalaysia.com/dakwa-diperdaya-syarikat-telco-wan-raja-kena-bayar-bil-telefon-cecah-rm15000/#sthash.51FJfhy2.dpuf
Pelakon Wan Raja terkejut apabila menerima bil telefon bimbitnya bernilai RM15,000 daripada sebuah syarikat telikomunikasi kerana menggunakan perkhidmatan itu ketika bercuti di Londan dan Paris, baru-baru ini. - See more at: http://sensasimalaysia.com/dakwa-diperdaya-syarikat-telco-wan-raja-kena-bayar-bil-telefon-cecah-rm15000/#sthash.51FJfhy2.dpuf
Wan Raja turut berasa teraniaya apabila jumlah caj yang dikenakan tidak seperti pakej ditawarkan syarikat telekomuniksi (telco) itu ketika berada di luar negara selama 10 hari iaitu pada November tahun lalu.
“Saya sangat terkejut apabila pihak telco hubungi saya memberitahu bil telefon tertunggak berjumlah RM15,000 kerana menggunakan perkhidmatan mereka ketika berada di luar negara.
“Saya rasa tertipu kerana pihak telco berkenaan pada awalnya menghantar tawarandata plan hanya RM38 sehari dan saya menggunakan selama empat hari sahaja, namun tidak sangka harga sebanyak itu,” ujarnya.
Wan Raja berkata, dia sudah bertemu dengan bahagian perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi tersebut bagi meminta penjelasan dan diskaun, namun gagal.
Sebaliknya, pihak telco berkenaan mendakwa bahawa ia berpunca daripada kesilapan memilih perkhidmatan telekomunikasi di negara yang dilawati itu.
“Saya sudah berjumpa dengan pihak telco untuk meminta maklumat terperinci apa yang mereka caj, mereka pula tetap bertegas meminta saya bayar jumlah tersebut.
“Katanya, jumlah RM15,000 tersebut sudah dipotong diskaun daripada jumlah sebenar sebanyak RM92,000.
“Ini tidak masuk akal kerana saya hanya guna data plan untuk memuat naik gambar di Instagram dan aplikasi waze sahaja sepanjang empat hari tersebut. Dan jika jumlah kredit saya sudah melebihi had, mereka wajar menyekat akaun saya daripada membiarkan ia mencecah puluhan ribu ringgit,” ujarnya.
- See more at: http://sensasimalaysia.com/dakwa-diperdaya-syarikat-telco-wan-raja-kena-bayar-bil-telefon-cecah-rm15000/#sthash.51FJfhy2.dpuf

0 comments:

Post a Comment