Breaking News
Loading...
Thursday, February 4, 2016

Info Post
Penyanyi Saida berkata, anaknya iaitu# Siti Nurunnyssa Mohd. Ghazali, 19, terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi selepas menjadi perhatian kerana memilki wajah cantik.

Saida atau nama sebenarnya Siti Norsaida #Tarudin, 35, berkata, walaupun dia tidak kisah dengan perkara itu, namun anak sulungnya itu berasa tidak selesa lebih-lebih lagi gambar-gambarnya diambil untuk menjadi bahan bualan forum.

“Saya mendapat tahu nama Nurunnyssa menjadi #bualan netizen di beberapa forum. Saya tidak kisah tetapi anak saya mengambil perkara itu sangat serius dan berasa privasinya diganggu.

“Apatah lagi banyak gambarnya diambil tanpa #persetujuan dia pun. Saya faham, dia tidak selesa dengan situasi itu dan terpaksa menukar akaun Instagram kepada mod peribadi.

“Bagi saya, tindakannya itu bagus dan mempunyai #pendirian sendiri. Saya percaya anak saya mampu berfikiran dengan bijak dengan setiap ujian yang hadir,” katanya kepada mStar Online.

Wajah Comel Terkini Anak Saudara Dato Siti Nurhaliza Sudah Berusia 19 Tahun!!

0 comments:

Post a Comment