Breaking News
Loading...
Thursday, February 4, 2016

Info Post
1.Pada 3 Feb 2016 , lebih kurang jam 1730 , mangsa Mohammad Izhharuddin bin Nordin telah mengambil beberapa pelajar dari sekolah agama yang terletak di Jalan Hasan , Sungai Udang , Klang dan kemudiannya telah menghantar pelajar – pelajar tersebut kerumah masing – masing yang terletak di kampung Delek , Klang .
2.Lebih kurang jam 1845 , tidak jauh dari tempat kejadian , saspek telah meminta mangsa memberhentikan van kerana tidak puashati diatas tindakan simati yang tidak mengambil anak buahnya ( saspek ) di sekolah agama. Sejurus kemudian telah berlaku pertengkaran dan saksi ditempat kejadian juga melihat saspek yang berada luar pintu tempat duduk pemandu telah menumbuk simati yang di waktu itu berada ditempat duduk pemandu.
3.Setelah menumbuk beberapa kali , suspek terus beredar dari tempat kejadian dengan menaiki motosikal.
4.Suspek dipercayai menumbuk beberapa kali di bagian dada mangsa yang didakwa memiliki penyakit jantung.
5.Kira – kira jam 1900 , ibu mangsa telah pergi ke tempat kejadian apabila dimaklumkan oleh kakak saspek bahawa saspek yang merupakan adik lelakinya telah bergaduh dengan simati ditempat kejadian . Setibanya di tempat kejadian , emak simati melihat anaknya Izhharuddin bin Nordin telah tidak sedarkan diri .
6.Sepasukan polis dari IPD Klang Selatan yang diketuai KPD telah tiba dan menjalankan siasatan,Pasukan forensik dari IPK yang diketuai oleh Insipektur Harman telah tiba dan membuat pemeriksaan .
7.Saya salah seorang penduduk Kampung Sungai Udang dan berada semasa kejadian.Selesai sahaja urusan polis/forensik mengangkat mayat ke atas trak Polis dalam pukul 10.00pm,Hujan renyai renyai tiba-tiba turun serta merta.walaupun sebelum itu tiada tanda tanda akan hujan dan menyebabkan org ramai beredar.”Saksi”

0 comments:

Post a Comment