Breaking News
Loading...
Friday, February 5, 2016

Info Post
%^Seorang buruh ladang bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menyembelih lehernya sendiri selepas dipercayai menikam dan menetak leher isterinya hingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi pekerja ladang di FELDA Sahabat 54, Tambisan, di sini awal pagi Ahad lepas.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira jam 3 pagi itu turut disaksikan sendiri oleh anak lelaki pasangan itu yang berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah ACP Hamzah Ahmad berkata, pihaknya yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penolong pengurus ladang berkenaan telah bergegas ke lokasi kejadian dan menemui pasangan suami isteri terbabit dalam keadaan terbaring berlumuran darah di rumah kongsi berkenaan.

“Sewaktu polis tiba di lokasi, suspek yang merupakan warga asing berumur 35 tahun, bagaimanapun didapati masih hidup sebelum dia dihantar ke Hospital Lahad Datu (HLD) untuk mendapatkan rawatan, namun isterinya yang dikenali sebagai Nurmiati Jupri, 28, sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut Hamzah, berdasarkan siasatan awal pihaknya mendapati berlaku pertengkaran antara kedua-dua suami isteri itu yang dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.


Katanya, suspek yang dipercayai naik berang kemudian dikatakan telah bertindak menampar lalu menikam perut dan menetak leher mangsa yang mana ketika kejadian itu turut disaksikan oleh anak lelaki mereka yang terjaga dari tidur akibat terdengar suara bising ibu dan bapanya yang bertengkar.

“Kanak-kanak itu dikatakan berlari keluar rumah untuk mendapatkan bantuan jiran sebaik sahaja menyaksikan kejadian itu.

0 comments:

Post a Comment